"Sampaikan salamku kepada Isa Al-Masih"

Tegak berdiri melangkah gagah.. 
Mengenggam erat panji FISABILILLAH.. 

SEMOGA semangat takkan patah.. 

Walau dilanda badai dan ombak yang mara~

 Assalamualaikum dan Salam ukhwah buat semua para pejuang Ilahi.. 
Pada Entri ini sudilah penulis bercerita tentang salah satu tanda2 kiamat yang paling besar iaitu kembalinya Nabi Isa ke dunia..
Gambar hiasan


      Daripada Abu Hurairah.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya,sesungguhnya telah hampir masanya Isa,putera Maryam turun kepadamu sebagai penguasa yang adil.Beliau akan mematahkan salib,membunuh babi,membatalkan jizyah,dan mengagihkan harta sehingga tidak ada seorang pun yang akan menerimanya.Sehingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan seisinya.


      Abu hurairah berkata: “Bacalah jika engkau menghendaki: ‘Tidak ada seorang pun daripada ahli kitab,kecuali dia akan beriman kepadanya (Nabi Isa) sebelum kematiannya. Pada hari kiamat nanti baginda akan menjadi saksi terhadap mereka.(Surah al-Nisa’4:159).'”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

–=================================================–

Sahabat2ku,

Pada akhir zaman nanti,akan muncul orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi Isa a.s.Namun,InsyaAllah, orang yang mengenal Nabi Isa berdasarkan penerangan Rasulullah s.a.w tentang sifat2 nabi Isa dalam pelbagai hadis baginda,pasti tidak akan tertipu.So,rajin2lah baca hadis yek..sbb hadis sangat best!!

gambar hiasan

Bagaimana sifat Isa al-Masih itu??
Bagaimana kita mahu mengenalnya??


InsyaAllah.Kita boleh mengenal perawakan Isa al-Masih berdasarkan hadis2 nabi.Antaranya:-


Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Aku berjumpa dengan Isa (pada malam Israk dan Mikraj).Baginda berperawakan sederhana (tidak terlalu tinggi atau terlalu pendek), warna kulitnya putih kemerah-merahan seolah-olah baru sahaja keluar dari bilik mandi wap.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: “Maksudnya,kulit baginda sangat bersih dan bersinar.Wajahnya sangat segar sehingga nampak seolah-olah beliau baru keluar daripada bilik mandi wap dengan rambut yang menitiskan air.”


        Dalam hadis lain,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Malam tadi,aku bermimpi berada di Kaabah.Tiba2,aku melihat seorang lelaki berkulit putih dan paling tampan yang pernah dilihatnya..Hujung2 rambutnya menyentuh bahunya.Rambutnya tersisir rapi dan (seolah-olah) menitiskan air.Beliau meletakkan tangannya di atas bahu dua orang lelaki sambil bertawaf di sekitar Kaabah.Aku bertanya: ‘siapa dia?’ Lalu diawab:Beliau ialah Isa al-Masih.”‘ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Nabi Isa akan memimpin tentera muslimin untuk berjihad memerangi dajal dan tenteranya yang telah memenuhkan bumi dengan kezaliman dan kemaksiatan.Baginda akan membunuh dajal di gerbang Kota Lud dengan Tangan Baginda sendiri.

Selain membunuh dajal,misi lain Nabi Isa adalah untuk membersihkan agama Masihi daripada pelbagai penyimpangan yang menodainya.Agama ini berasal daripada Allah s.w.t.,maka ajarannya tidak mungkin bertentangan dengan ajaran nabi2 lain kerana mereka menyeru untuk menyembah Tuhan yang satu;Allah S.W.T.

Setelah sempurna semua tugasan ini,Allah akan mencabut nyawa nabi-Nya,diikuti nyawa orang beriman yang ada bersama-samanya.

gh


Demikianlah keyakinan tentang turunnya Nabi Isa pada akhir zaman.Selain mengandungi peristiwa ghaib yang akan berlaku,keyakinan ini memberikan banyak pengajaran berharga.

Antaranya ialah berpegang teguh kepada kebenaran meskipun dalam sesempit situasi apapun.Meskipun seluruh dunia telah dikuasai dajal dan tenteranya,jangan pernah putus asa.Yakinlah,bantuan Allah pasti datang dan Nabi Isa pasti turun..

Oleh sebab itu,para sahabat Nai s.a.w terus mengajarkan akidah ini kepada setiap generasi pewaris Islam.Bahkan,mereka menitipkan salam mereka kepadanya sepertimana yang dilakukan oleh Abu Hurairah r.a.

Daripada Umarah bin Mughirah,Abu hurairah berkata: “Sesungguhnya masjid2 akan diperbaharui sempena turunnya al-masih.Baginda pasti keluar untuk mematahkan salib dan membunuh babi.Sesiapa yang berjumpa dengannya pati akan beriman.Sesiapa daripada kamu sekalian yang berjumpa dengan Nabi Isa,sampaikan salamku kepadanya.”

Umarah berkata: “Lalu,Abu Hurairah menoleh kepadaku.Beliau berkata: ‘Wahai saudaraku,aku melihat kamu orang yang paling muda dalam majlis ini.Jika engkau berjumpa dengan Nabi Isa,sampaikan salamku kepadanya.” (Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf)

Justeru,jika ada antara kita yang dipanjangkan usia oleh Allah sehingga berpeluang untuk berjumpa dengan Nabi,sampaikan salam muslimin2 yang terdahulu dan kini kepadanya.Betapa rindu hati ini untuk berjumpa dan berjuang bersama-sana baginda.





**************
InsyaAllah,ini juga ilmu baru buat penulis.Jika ada salah,tegurlah yek.Ia juga hanyalah ringkasan daripada artikel asal..Sila rujuk Solusi 43 m/s 111 atau penulis mungkin akan ceritakan pada lain hari.Moga pesanan ini terus diingati dan diwariskan buat generasi akan datang.

Wallahu’alam.

************
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s