Rotan daripada isteri..

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah buat semua sahabat2ku..Artikel ini khas penulis tujukan buat sahabat2 muslimahku..Moga dapat manfaat dan pengajaran daripada cerita ini..Selamat membaca..


     Pada suatu hari,Fatimah Az Zahra r.a bertemu baginda Rasulullah S.A.W lalu bertanya kepada ayahanda itu: “Siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga setelah para ‘ummahatul mukminin’ (isteri-isteri Rasulullah S.A.W).” Maka,’Rasulullah S.A.W bersabda: “Dia adalah Mutiah.” 


Mendengar nama yang baru sahaja terucap di bibir Rasulullah S.A.W, Fatimah r.a nyata terkejut kerana dia memikirkan namanya yang akan disebut oleh baginda, memandangkan di adalah puteri Rasulullah S.A.W, orang yang paling hampir dengan baginda.

Maka,dalam minda Fatimah R.A berlegar-legar begitu banyak persoalan.Siapakah Mutiah yang telah dinyatakan oleh ayahanda itu?Apakah amal kebaikan yang telah dilakukan oleh wanita tersebut yang membolehkan dia mendapat kemuliaan yang begitu tinggi sehingga menjadi orang pertama yang akan masuk syurga. Hati Fatimah mula gelisah,dia benar2 ingin tahu sebab wanita itu menjadi pilihan.

Lalu,keesokan harinya,Fatimah R.A meminta izin daripada suaminya, Ali Bin Abi Thalib untuk mengunjungi wanita bernama Mutiah itu.Ketika dia baru sahaja mahu keluar rumah,anak sulungnya Hassan merengek untuk ikut bersama.Oleh kerana kasihan melihat anaknya,Fatimah R.A membawa Hassan bersama.

Tiba sahaja di hadapan rumah Mutiah,Fatimah R.A memberi salam.Lalu,disahut oleh seorang wanita dari dalam rumah. “Siapa di luar?” tanya wanita itu.

“Fatimah, puteri Rasulullah”jawab fatimah R.A.Serta merta Fatimah RA mendengar bunyi tapak kaki yang bergegas mendekati pintu rumah. Sewaktu pintu dibuka,Fatimah terpegun melihat wanita dihadapannya.Fatimah terpegun melihat wanita di hadapannya.Dia yakin,ini adalah wanita yang dikatakan oleh ayahandanya kelmarin. 
“Alhamdulillah,betapa bahagianya aku kerana dikunjungi oleh Puteri mulia ini.” sambut mutiah.
gambar hiasan
“Adakah kamu sendirian,Ya puteri Rasulullah?”tanya Mutiah.
Jawab Fatimah RA: “Tidak,aku ditemani anakku Hassan.”
Maka balas Mutiah: “Maaf ya fatimah.Saya belum mendapat izin daripada suami saya untuk menerima tetamu lelaki.”

” Tapi Hasan masih kecil” Sahut Fatimah kehairanan.
” Biarpun masih kecil, Hasan tetap lelaki.Kamu datanglah esok, saya akan meminta izin suami saya terlebih dahulu untuk menerima tetamu lelaki,” ujar Mutiah dengan penuh kelembutan,Fatimah yang masih kehairanan,terpaksa akur lalu terus pergi dari situ.
Keesokan harinya,Fatimah RA datang lagi.Tetapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya Hasan dan Husin.
Seperti semalam Mutiah bertanya kepada Fatimah, “Adakah kamu bersama Hasan,Fatimah?”
Jawab Fatimah RA:”Ya,tetapi Husin juga turut bersamaku.” 
Lantas,balas Mutiah dengan penuh rasa bersalah. “Maaf Fatimah.Semalam saya hanya mendapat izin untuk menerima tetamu Hasan sahaja.Saya belum meminta izin untuk menerima tetamu Husin.”
Dengan perasaan hairan dan hampa,Fatimah RA pulang seperti semalam.
Kemudian.keesokan harinya barulah Fatimah RA dibenarkan masuk ke rumah itu bersama anak-anaknya Hasan dan Husin.Fatimah RA merasakan rumah itu sungguh sederhana,namun bersih dan indah sekali.Di sekeliling ruangannya harum dan rapi membuatkan siapa yang duduk di situ berasa ketenangan.
“Maaf,saya tidak dapat menemani dan berbual dengan kamu,Fatimah.Saya harus menyiapkan makanan untuk suami saya kerana sekejap lagi dia akan pulang.Silakan duduk dahulu ya,”Kata Mutiah.

gh
Mutiah terus sibuk di dapur untuk memasak,lalu dia menghidangkannya di atas meja makan, kemudian di sebelahnya dia meletakkan sebatang rotan.
“Adakah suami kamu seorang pengembala?” tanya fatimah kerana berasa hairan melihat rotan di sebelah hidangan itu.
“Tidak.Suami saya seorang petani,”jawab Mutiah.
“Mengapa kamu meletakkan rotan itu diatas meja?”tanya Fatimah lagi.
“Rotan ini akan saya berikan kepada suami saya.Ketika dia makan,saya akan bertanya kepadanya tentang masakan saya,sama ada enak atau tidak.Jikalau dia mengatakan tidak,saya meminta dia untuk merotan saya sebagai hukuman kerana gagal menyenangi hatinya,”terang Mutiah
“Adakah ini atas arahan suamimu?Bagaimana suami kamu sanggup menyiksa isteri?”tanya Fatimah dalam kecelaruan.

“Bukan suami saya sangat lembut dan pengasih.Ini adalah kerelaan hati saya.Sayalah yang meminta dia untuk merotan saya jika makanan saya tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar saya tidak menjadi isteri yang menderhaka dan dapat memenuhi serta menenangkan hati suami saya,” jawab Mutiah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.
“Masya-Allah,hanya demi menyenangkan suamimu,kamu rela melakukan hal ini,Mutiah?”
“Saya hanya memerlukan keredaanya.Kerana isteri yang baik adalah isteri yang patuh pada suami yang baik dan suami yang reda kepada isterinya,”jawab Mutiah dengan tenangnya.
“Ya,ternyata inilah sebab dan rahsianya mengapa wanita ini menjadi wanita pertama masuk ke syurga,”bisik hati Fatimah RA.
Sesungguhnya seorang isteri pastilah yang sentiasa mematuhi dan menyenagi suaminya.Isteri yang solehah merupakan jaminan untuk ke syurga.
–Kisah ini penulis dapat dari seorang sahabat.. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah dari hadis palsu.. Wallahu’alam. penulis sendiri tidak tahu setakat mana kesasihannya..Namun ia dikongsi sebagai teladan buat sahabat2.Jika ada info yang lebih tepat atau ada kesilapan pada artikel ini..Silakan tinggal komen anda untuk menegur kesilapan penulis dan berkongsi Ilmu..Syukran–
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s