Hello world!

Welcome to WordPress.com! This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

Happy blogging!

Advertisements

Tutorial:Cara tukar template blog [Update 2012]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tutorial ini penulis tujukan khas buat sahabat yang tersayang.Actually,Nak tukar template blog ni simple je..asalkan kita tahu step2 dia..kalau ada silap,harap ditegur yek..^,^

Firstly,kalau nak tukar template blog,mestilah kena cari dan download dulu template yang kita suka..anda boleh cari template2 yang anda suka.sila tekan disini untuk mendapatkan pelbagai link2 website yang menawarkan template blog percuma..


#Pastikan template yang diupload tadi dalam format ‘xml document’..bukan ‘winrar ZIP’ archive..

Camne caranya??
Senang je..

1) Klik kanan pada fail format winRAR tu.

2)Pilih ‘Extract here’


3)Cari Fail yang namanya sama mcm fail WinRAr tadi..Contohnya,yang ini:Sweet Cupcake.

4)double click pada fail tu,dan didalamnya terdapat ‘XML Document’ tu..haaa..senang je kan..Dah boleh upload template tu skarang..

—————————————————————————————————-

♬´¯`♬ CARA UPLOAD TEMPLATE..♬´¯`♬



1-Login to Blogger.com

2-Tekan anak panah sebelah ‘Lihat blog’.




3-Pilih ‘Template’.



4-Tekan ‘Sandarkan/Pulihkan’ dia penjuru kanan atas.





5.Backup dahulu blog anda dengan klik pada ‘Muat turun templat penuh’ dan save dalam PC anda.Kemudian klik butang Browse untuk pilih template yang didownload (mestilah dalam format xml),dan klik butang ‘Muat naik’ untuk uploadkan template ke blog anda.

Template dlm bentuk XML




6-‘Lihat blog’ anda utk pastikan template yang anda upload sudah berhasil..siap!!



Ok,amacam?senangkan..diharap tutorial ini dapat menarik minat anda untuk terus berblogging.Kalau ada silap,tegurlah yek..
Sekian..

Link template blog percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagaimana hari anda hari ini??sibuk cari template blog yang menarik??Maybe anda nak tukar template yang baru sebab template sedia ada yang ada mungkin tak berapa menarik. So,dengan rajinnya penulis mencari  dan senaraikan beberapa website yang menyediakan perkhidmatan template blog secara percuma buat sahabat2 yang tersayang ni. Tapi,kalau ada link lain bolehlah share dgn kami..Sharing is Caring..




http://www.bietemplates.com
http://mashable.com/2007/09/13/blogger-templates/
http://www.finalsense.com/services/blog_templates/
http://btemplates.com
http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template
http://www.ourblogtemplates.com
http://www.mytemplatebox.com
http://www.forfreebloggertemplates.com
http://www.bloggertemplatesfree.com
http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates
http://www.allblogtools.com
http://www.deluxetemplates.net
http://www.yummylolly.com
http://www.bloggerblogtemplates.com
http://www.chethstudios.net/2009/01/roundup-of-best-blogger-templates.html 
http://www.cahayabiru.com
http://www.zoomtemplate.com 
http://themecraft.net
http://www.blogcrowds.com/resources/blogger-templates/
http://www.bloggerstyles.com/

Rotan daripada isteri..

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah buat semua sahabat2ku..Artikel ini khas penulis tujukan buat sahabat2 muslimahku..Moga dapat manfaat dan pengajaran daripada cerita ini..Selamat membaca..


     Pada suatu hari,Fatimah Az Zahra r.a bertemu baginda Rasulullah S.A.W lalu bertanya kepada ayahanda itu: “Siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga setelah para ‘ummahatul mukminin’ (isteri-isteri Rasulullah S.A.W).” Maka,’Rasulullah S.A.W bersabda: “Dia adalah Mutiah.” 


Mendengar nama yang baru sahaja terucap di bibir Rasulullah S.A.W, Fatimah r.a nyata terkejut kerana dia memikirkan namanya yang akan disebut oleh baginda, memandangkan di adalah puteri Rasulullah S.A.W, orang yang paling hampir dengan baginda.

Maka,dalam minda Fatimah R.A berlegar-legar begitu banyak persoalan.Siapakah Mutiah yang telah dinyatakan oleh ayahanda itu?Apakah amal kebaikan yang telah dilakukan oleh wanita tersebut yang membolehkan dia mendapat kemuliaan yang begitu tinggi sehingga menjadi orang pertama yang akan masuk syurga. Hati Fatimah mula gelisah,dia benar2 ingin tahu sebab wanita itu menjadi pilihan.

Lalu,keesokan harinya,Fatimah R.A meminta izin daripada suaminya, Ali Bin Abi Thalib untuk mengunjungi wanita bernama Mutiah itu.Ketika dia baru sahaja mahu keluar rumah,anak sulungnya Hassan merengek untuk ikut bersama.Oleh kerana kasihan melihat anaknya,Fatimah R.A membawa Hassan bersama.

Tiba sahaja di hadapan rumah Mutiah,Fatimah R.A memberi salam.Lalu,disahut oleh seorang wanita dari dalam rumah. “Siapa di luar?” tanya wanita itu.

“Fatimah, puteri Rasulullah”jawab fatimah R.A.Serta merta Fatimah RA mendengar bunyi tapak kaki yang bergegas mendekati pintu rumah. Sewaktu pintu dibuka,Fatimah terpegun melihat wanita dihadapannya.Fatimah terpegun melihat wanita di hadapannya.Dia yakin,ini adalah wanita yang dikatakan oleh ayahandanya kelmarin. 
“Alhamdulillah,betapa bahagianya aku kerana dikunjungi oleh Puteri mulia ini.” sambut mutiah.
gambar hiasan
“Adakah kamu sendirian,Ya puteri Rasulullah?”tanya Mutiah.
Jawab Fatimah RA: “Tidak,aku ditemani anakku Hassan.”
Maka balas Mutiah: “Maaf ya fatimah.Saya belum mendapat izin daripada suami saya untuk menerima tetamu lelaki.”

” Tapi Hasan masih kecil” Sahut Fatimah kehairanan.
” Biarpun masih kecil, Hasan tetap lelaki.Kamu datanglah esok, saya akan meminta izin suami saya terlebih dahulu untuk menerima tetamu lelaki,” ujar Mutiah dengan penuh kelembutan,Fatimah yang masih kehairanan,terpaksa akur lalu terus pergi dari situ.
Keesokan harinya,Fatimah RA datang lagi.Tetapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya Hasan dan Husin.
Seperti semalam Mutiah bertanya kepada Fatimah, “Adakah kamu bersama Hasan,Fatimah?”
Jawab Fatimah RA:”Ya,tetapi Husin juga turut bersamaku.” 
Lantas,balas Mutiah dengan penuh rasa bersalah. “Maaf Fatimah.Semalam saya hanya mendapat izin untuk menerima tetamu Hasan sahaja.Saya belum meminta izin untuk menerima tetamu Husin.”
Dengan perasaan hairan dan hampa,Fatimah RA pulang seperti semalam.
Kemudian.keesokan harinya barulah Fatimah RA dibenarkan masuk ke rumah itu bersama anak-anaknya Hasan dan Husin.Fatimah RA merasakan rumah itu sungguh sederhana,namun bersih dan indah sekali.Di sekeliling ruangannya harum dan rapi membuatkan siapa yang duduk di situ berasa ketenangan.
“Maaf,saya tidak dapat menemani dan berbual dengan kamu,Fatimah.Saya harus menyiapkan makanan untuk suami saya kerana sekejap lagi dia akan pulang.Silakan duduk dahulu ya,”Kata Mutiah.

gh
Mutiah terus sibuk di dapur untuk memasak,lalu dia menghidangkannya di atas meja makan, kemudian di sebelahnya dia meletakkan sebatang rotan.
“Adakah suami kamu seorang pengembala?” tanya fatimah kerana berasa hairan melihat rotan di sebelah hidangan itu.
“Tidak.Suami saya seorang petani,”jawab Mutiah.
“Mengapa kamu meletakkan rotan itu diatas meja?”tanya Fatimah lagi.
“Rotan ini akan saya berikan kepada suami saya.Ketika dia makan,saya akan bertanya kepadanya tentang masakan saya,sama ada enak atau tidak.Jikalau dia mengatakan tidak,saya meminta dia untuk merotan saya sebagai hukuman kerana gagal menyenangi hatinya,”terang Mutiah
“Adakah ini atas arahan suamimu?Bagaimana suami kamu sanggup menyiksa isteri?”tanya Fatimah dalam kecelaruan.

“Bukan suami saya sangat lembut dan pengasih.Ini adalah kerelaan hati saya.Sayalah yang meminta dia untuk merotan saya jika makanan saya tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar saya tidak menjadi isteri yang menderhaka dan dapat memenuhi serta menenangkan hati suami saya,” jawab Mutiah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.
“Masya-Allah,hanya demi menyenangkan suamimu,kamu rela melakukan hal ini,Mutiah?”
“Saya hanya memerlukan keredaanya.Kerana isteri yang baik adalah isteri yang patuh pada suami yang baik dan suami yang reda kepada isterinya,”jawab Mutiah dengan tenangnya.
“Ya,ternyata inilah sebab dan rahsianya mengapa wanita ini menjadi wanita pertama masuk ke syurga,”bisik hati Fatimah RA.
Sesungguhnya seorang isteri pastilah yang sentiasa mematuhi dan menyenagi suaminya.Isteri yang solehah merupakan jaminan untuk ke syurga.
–Kisah ini penulis dapat dari seorang sahabat.. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah dari hadis palsu.. Wallahu’alam. penulis sendiri tidak tahu setakat mana kesasihannya..Namun ia dikongsi sebagai teladan buat sahabat2.Jika ada info yang lebih tepat atau ada kesilapan pada artikel ini..Silakan tinggal komen anda untuk menegur kesilapan penulis dan berkongsi Ilmu..Syukran–

"Sampaikan salamku kepada Isa Al-Masih"

Tegak berdiri melangkah gagah.. 
Mengenggam erat panji FISABILILLAH.. 

SEMOGA semangat takkan patah.. 

Walau dilanda badai dan ombak yang mara~

 Assalamualaikum dan Salam ukhwah buat semua para pejuang Ilahi.. 
Pada Entri ini sudilah penulis bercerita tentang salah satu tanda2 kiamat yang paling besar iaitu kembalinya Nabi Isa ke dunia..
Gambar hiasan


      Daripada Abu Hurairah.Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya: “Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya,sesungguhnya telah hampir masanya Isa,putera Maryam turun kepadamu sebagai penguasa yang adil.Beliau akan mematahkan salib,membunuh babi,membatalkan jizyah,dan mengagihkan harta sehingga tidak ada seorang pun yang akan menerimanya.Sehingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan seisinya.


      Abu hurairah berkata: “Bacalah jika engkau menghendaki: ‘Tidak ada seorang pun daripada ahli kitab,kecuali dia akan beriman kepadanya (Nabi Isa) sebelum kematiannya. Pada hari kiamat nanti baginda akan menjadi saksi terhadap mereka.(Surah al-Nisa’4:159).'”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

–=================================================–

Sahabat2ku,

Pada akhir zaman nanti,akan muncul orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi Isa a.s.Namun,InsyaAllah, orang yang mengenal Nabi Isa berdasarkan penerangan Rasulullah s.a.w tentang sifat2 nabi Isa dalam pelbagai hadis baginda,pasti tidak akan tertipu.So,rajin2lah baca hadis yek..sbb hadis sangat best!!

gambar hiasan

Bagaimana sifat Isa al-Masih itu??
Bagaimana kita mahu mengenalnya??


InsyaAllah.Kita boleh mengenal perawakan Isa al-Masih berdasarkan hadis2 nabi.Antaranya:-


Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Aku berjumpa dengan Isa (pada malam Israk dan Mikraj).Baginda berperawakan sederhana (tidak terlalu tinggi atau terlalu pendek), warna kulitnya putih kemerah-merahan seolah-olah baru sahaja keluar dari bilik mandi wap.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan: “Maksudnya,kulit baginda sangat bersih dan bersinar.Wajahnya sangat segar sehingga nampak seolah-olah beliau baru keluar daripada bilik mandi wap dengan rambut yang menitiskan air.”


        Dalam hadis lain,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Malam tadi,aku bermimpi berada di Kaabah.Tiba2,aku melihat seorang lelaki berkulit putih dan paling tampan yang pernah dilihatnya..Hujung2 rambutnya menyentuh bahunya.Rambutnya tersisir rapi dan (seolah-olah) menitiskan air.Beliau meletakkan tangannya di atas bahu dua orang lelaki sambil bertawaf di sekitar Kaabah.Aku bertanya: ‘siapa dia?’ Lalu diawab:Beliau ialah Isa al-Masih.”‘ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Nabi Isa akan memimpin tentera muslimin untuk berjihad memerangi dajal dan tenteranya yang telah memenuhkan bumi dengan kezaliman dan kemaksiatan.Baginda akan membunuh dajal di gerbang Kota Lud dengan Tangan Baginda sendiri.

Selain membunuh dajal,misi lain Nabi Isa adalah untuk membersihkan agama Masihi daripada pelbagai penyimpangan yang menodainya.Agama ini berasal daripada Allah s.w.t.,maka ajarannya tidak mungkin bertentangan dengan ajaran nabi2 lain kerana mereka menyeru untuk menyembah Tuhan yang satu;Allah S.W.T.

Setelah sempurna semua tugasan ini,Allah akan mencabut nyawa nabi-Nya,diikuti nyawa orang beriman yang ada bersama-samanya.

gh


Demikianlah keyakinan tentang turunnya Nabi Isa pada akhir zaman.Selain mengandungi peristiwa ghaib yang akan berlaku,keyakinan ini memberikan banyak pengajaran berharga.

Antaranya ialah berpegang teguh kepada kebenaran meskipun dalam sesempit situasi apapun.Meskipun seluruh dunia telah dikuasai dajal dan tenteranya,jangan pernah putus asa.Yakinlah,bantuan Allah pasti datang dan Nabi Isa pasti turun..

Oleh sebab itu,para sahabat Nai s.a.w terus mengajarkan akidah ini kepada setiap generasi pewaris Islam.Bahkan,mereka menitipkan salam mereka kepadanya sepertimana yang dilakukan oleh Abu Hurairah r.a.

Daripada Umarah bin Mughirah,Abu hurairah berkata: “Sesungguhnya masjid2 akan diperbaharui sempena turunnya al-masih.Baginda pasti keluar untuk mematahkan salib dan membunuh babi.Sesiapa yang berjumpa dengannya pati akan beriman.Sesiapa daripada kamu sekalian yang berjumpa dengan Nabi Isa,sampaikan salamku kepadanya.”

Umarah berkata: “Lalu,Abu Hurairah menoleh kepadaku.Beliau berkata: ‘Wahai saudaraku,aku melihat kamu orang yang paling muda dalam majlis ini.Jika engkau berjumpa dengan Nabi Isa,sampaikan salamku kepadanya.” (Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannaf)

Justeru,jika ada antara kita yang dipanjangkan usia oleh Allah sehingga berpeluang untuk berjumpa dengan Nabi,sampaikan salam muslimin2 yang terdahulu dan kini kepadanya.Betapa rindu hati ini untuk berjumpa dan berjuang bersama-sana baginda.





**************
InsyaAllah,ini juga ilmu baru buat penulis.Jika ada salah,tegurlah yek.Ia juga hanyalah ringkasan daripada artikel asal..Sila rujuk Solusi 43 m/s 111 atau penulis mungkin akan ceritakan pada lain hari.Moga pesanan ini terus diingati dan diwariskan buat generasi akan datang.

Wallahu’alam.

************