Info:22 April-Today is Earth Day



HARI BUMI merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan.
Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi.
Ia dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar.
Sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.


                                                                ~TIPS BUMI HIJAU~

           Masing2 ada cara tersendiri kan untuk mengekalkan kehijauan bumi..That’s my way:

   1-Kurangkan penggunaan plastik

Time shopping,belajar bawak beg hijau sendiri..Jangan asyik nak guna plastik kat supermarket je..Tahukah anda,plastik ialah antara elemen yang paling merosakkan bumi kerana ia sukar dilupuskan.

Satu lagi,apabila pergi beli makanan kat kedai,bawak bekas makanan sendiri.Bekas makanan berjenama Tupperware amat mesra alam.nak beli,contact sy yek. (bahagian nak promote.hehe.).



~Save energy,save earth~
  
                                             2-Kurangkan penggunaan peralatan elektrik..

Tau kan yang penggunaan peralatan elektrik ni boleh meningkatkan suhu bumi..nanti kesian kat cucu cicit kita,hidup dalam kepanasan..jadi,apabila nak tinggalkan bilik/rumah,pastikan peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup.okey??

 3-Kebun kecil di halaman rumah.



Bercucuk-tanam ni mmg feveret aku.byk manfaatnya kalau kita ada kebun kita sendiri..tanam sayur-sayuran/buah kat halaman rumah kita..Nanti,nak masak, tak yah beli kat pasar.petik je kat belakang rumah.Namti.boleh jadikan aktiviti waktu lapang sambil bersenam.dapat jimatkan wang dan menghijaukan bumi kita.






4-Manfaatkan cuaca dan alam sekitar.
  
Camne tu??haa..
  1#Kalau cuaca panas,jemur baju kat luar.janganlah asyik nak guna mesin pengering baju je..boleh jimat elektrik..
  2#kalau cuaca elok,tak panas,tak hujan..rajinkan diri untuk berbasikal atau berjalan kalau nak pergi tempat dekat2 tu..boleh bersenam sekali.jimat petrol,sihat badan.
  3#kalau hujan,tadahla air hujan..nanti,boleh buat siram pokok time panas nanti..boleh jugak buat basuh kereta dll..tapi,jgn lupa tutup pulak,nanti jadi sarang nyamuk bina keluarga..


5-Kitar Semula..



Banyak cara untuk kitar semula brg..antara yg paling senang ialah refill.Kalau beli bedak,beli bedak yang refill..guna case bedak yang sama..jimat duit dan mesra alam..Selain tu,softlan,sabun dll pun gunalah refill..dengan cara tu,anda boleh kurangkan sampah.

Byk lagi cara nak hijaukan bumi kita ni.Saya tunjuk sikit je ni.BTW,Selamat hari bumi..Ayuh selamatkan bumi kita..CHECK IT OUT!!
Advertisements