Fakta::Menarik tentang mata.


Assalamualaikum..Mulakan hari dengan kesyukuran kerana masih boleh melihat hari ini..Ayuh,tambahkan ilmu tentang mata.^^,*



#Berkelip memastikan mata kita sentiasa basah.Apabila kita berkelip,kita akan sebarkan air mata dari satu sudut mata kita ke seluruh mata dan menghalang mata kita dari kekeringan.<<Lepas ni tak payah beli eyemore la.kelip je byk2>>


#Apabila anda berkelip, anda pejamkan mata selama 0.3 saat.Jumlah anda menutup mata ialah 30 minit setiap hari!



#Orang yang buta warna bukanlah mereka tidak dapat melihat warna,tetapi cuma tidak dapat membezakan warna2 tertentu terutamanya warna merah dan hijau.


#Buta warna adalah 10 kali ganda lebih kerap berlaku dikalangan lelaki berbanding perempuan.


#Orang biasa berkelip purata 12 kali setiap minit  kirakira 10 000 kedipan purata sehari.


#Mata adalah hanya satu-satunya anggota badan manusia yang boleh berfungsi 100% pada setiap masa, siang atau malam, tanpa rehat.


#Kelopak mata dan otot luar mata anda yang perlukan rehat, tetapi biji mata anda tidak pernah memerlukan rehat..


#Biji mata yang paling besar didunia ialah sebesar 18 inci lebar, hampir sama besar dengan tembikai dan ia merupakan milik seekor sotong gergasi.


#Tahukah anda yang semut mempunyai 2 mata?<<memanglah tau>> Tetapi,setiap satu mata mempunyai banyak mata2 yang kecil.Ia digelar ‘mata kompaun’.


#Otot-otot yang paling aktif di dalam tubuh manusia adalah otot mata kita.


#Lelaki lebih hebat dalam mebaca tulisan halus berbanding wanita.


#Mata anda akan memberi tumpuan kepada kira-kira 50 perkara sesaat.


#Dalam keadaan yang normal, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu


#Dalam usaha supaya mata anda dapat melihat, ia memerlukan lebih daripada 2 juta bahagian mata anda untuk bekerja.


#Ruang diantara 2 kening anda dipanggil Glabella.


#Saiz mata anda ketika kecil sama dengan saiz mata anda sekarang, tetapi telinga dan hidung anda tidak pernah berhenti membesar.

#Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.


#Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu..


#Orang kebiasaan membaca 25% lebih lembap pada skrin komputer berbanding di buku..


#Kira-kira separuh daripada otak kita terlibat dalam proses melihat. Manusia lebih visual (banyak melihat) daripada haiwan.


#Cacing tidak mempunyai mata.


#Mata menyumbang lebih kurang 85% dalam proses anda mendapatkan pengetahuan atau ilmu.<<Sebab tu Allah tekankan kita untuk membaca>>


#Bayi tidak akan mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia 1-3 bulan.


#Kebanyakan kecederaan mata disebabkan oleh besbol, diikuti oleh bola keranjang, sukan air dan sukan raket.


#Hanya 1/6 mata anda terdedah kepada dunia luar.Saiz mata kita adalah 2.5 cm panjang dan beratnya lebih kurang 28 gram..


#Bulu mata kita mempunyai jangka hayat lebih kurang 5 bulan..Kemudian ia akan gugur.


#Anjing tidak boleh membezakan di antara warna merah dan hijau.


#Sesumpah boleh melihat dalam arah yang berbeza pada masa yang sama!


#Semakin meningkat umur kita,semakin kurang air mata yang kita hasilkan..<<Jadi,jangan buat mak ayah kita menangis.Air mata mereka semakin berkurang>>

Ada ungkapan Bahasa Inggeris yang menyebut, “as blind as a bat”, yang juga bermaksud, “buta seperti kelawar”. Walaupun ramai orang mengganggap bahawa kelawar itu buta, ini tidak benar sama sekali. Salah satu kelawar yang terbesar di dunia, iaitu keluang, mempunyai deria penglihatan yang sangat baik.

Anda ada fakta yang lebih menarik tentang mata??Kongsikan bersama kami.
Gunakan mata anda sebaiknya!!Selamat melihat!!
Advertisements