Tips:Mandikan kucing.meow~

Bismillahirahmanirahim..Salam mahabbah buat pembaca yang dikasihi Allah sekalian.





Eh,mandikan kucing?? <yeah>
Sebenarnya tak perlu kot mandikan kucing ni sbb kucing merupakan sejenis haiwan yang pandai menguruskan dan membersihkan dirinya..Tapi,kadang2 mandikan jugak untuk merawat atau mengawal kutu, merawat keadaan kulit, atau mengeluarkan bendasing yang beracun atau berbahaya dari bulu kucing anda..



Antara tips2 yang saya dapat untuk mandikan kucing ni ialah:

<!– more –>


<!– more –>

1~Sediakan bahan2 yang diperlukan.


sebelum nak mandikan,pastikan bahan2 nak mandikan En.Meow tu dah ready yek.
Tapi,bahan apa sangat nak mandikan kucing??


Bahan saya::
     1#Syampu hewan (lebih elok dapatkan syampu ubat untuk kutu atau syampu kulit dari doktor haiwan.Tapi,boleh je guna syampu baby,syampu kutu atau lain2.)
     2#Berus bulu atau sikat
     3#gayung atau paip panjang yang boleh dipegang untuk membilas kucing.
     4#Besen atau sink yang luas.
     5#Tuala





2~Sediakan ruang mandi,diri anda dan kucing.


      *Elok kerat skit kuku kucing untuk keselamatan jika kucing anda tak biasa mandi..
      *Anda perlulah pakai pakaian yang menutup lengan agar terlindung daripada cakaran            kucing..(Nak mandikan kucing pun,kena berpakaian sopan..huhu..)
      *Jika menggunakan besen,isikan air didalam besen sebelum masukkan kucing ke ruang mandi kerana sesetengah kucing akan menggelupur apabila tengok air yang bergerak..
      *Pastikan ruang mandi tertutup dan tidak terlalu luas..Elok mandikan diruang yang sempit supaya senang nak tangkap kalau dia lari..(haha..bahagian kejam ni)
      *Elok sikat dulu bulu kucing sebelum mandi supaya senang nak bersihkan nanti especially untuk kucing berbulu lebat..
     *Pastikan suhu air tak terlalu panas atau sejuk..
     *Elok ada dua orang yang mandikan kucing..Sorang pegang kucing.Sorang lagi mandikan kucing tu.

3~Mula mandikan kucing anda..
  

Mula basahkan kucing anda.mulakan dari muka,kepala dan terus ke ekor..mcm mandikan baby..usapkan air dulu.(Jangan jirus..terkejut kucing tu kan.).Cakap elok2 semasa mandikan kucing.Sesetengah kucing akan merasa tenang apabila mendengar suara yang biasa didengarnya..huhu.


Sapukan syampu mcm cara tadi,buihkan dan bilas dengan sempurna.(Baca arahan label pada syampu berubat dengan teliti. Sesetengah syampu memerlukan 5 hingga 15 minit sebelum membilas untuk mendapat kesan.)


Bilas dengan sempurna amat penting kerana sisa sabun yang tertinggal boleh merengsakan kulit kucing anda atau ia ditelan apabila kucing menjilat bulunya. 


 Bilas juga dapat menghapuskan kutu dan parasit lain yang masih bergerak.

4~Keringkan kucing anda.



Perlahan-lahan keringkan lebihan air daripada bulu kucing anda,
balut ia dalam tuala berbulu yang besar, dan keringkannya.


Jika ia masih boleh bertahan sampai tahap itu,bolehlah sikat bulunya yang kusut selepas mandi tu.Namun,sebaiknya tunggu bulunya kering dan ia sudah selesa.


Kalau anda bertuah.bolehlah keringkan bulu kucing anda dengan pengering rambut.Tapi,kebanyakkan kucing takut dengan bunyi dan rasa angin pengering rambut tu..


Sememangnya memandikan kucing antara kerja yang susah sebab kucing takut air..Namun,sesetengah kucing boleh terbiasa dengan air jika selalu dimandikan especially yang dah biasa mandi dari kecik..




5~Bagi hadiah selepas mandi.


Bagi kucing anda hadiah atau makanan kegemarannya selepas mandi supaya dia tahu betapa untungnya dapat mandi..Ia juga sebagai ganjaran supaya ia tahu yang ia bukan baru lepas diseksa..huhu..


Anda ada tips lain yang lebih baik??KONGSILAH BERSAMA KAMI~