Rachid Nekkaz::Hero Wanita Islam Perancis..

Bismillahirahmanirrahim..Salam ukhwah sahabat2ku..

Moga hari ini lebih baik daripada hari kelmarin.:)


Wanita pertama yang ditahan pada hari pertama pengharaman  burqa.
Tahukah sahabat2,Perancis telah mengharamkan penduduk negaranya memakai niqab dan akan mendenda mana2 wanita yang memakainya..
 Perancis telah menguatkuasakan pengharaman pemakaian purdah mulai April 2011, menjadikan negara Eropah pertama berbuat demikian.
Ramai penganut Islam dan pemerhati hak asasi manusia mendakwa, pelaksanaan pengharaman itu adalah taktik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy untuk meraih undi daripada kumpulan antipendatang dengan menunjukkan beliau turut berkongsi kebimbangan bahawa Islam menjadi ancaman terhadap budaya negara itu.
Pegawai Perancis menganggarkan, hanya 2,000 wanita daripada anggaran empat hingga enam juta penduduk Islam memakai purdah.
Wanita yang melanggar pengharaman itu boleh didenda sebanyak RM650.

Siapakah yang akan membela mereka??Adakah tiada siapa yang kisah akan mereka??
Jadi,hari ini saya mahu bercerita tentang seorang hero perancis yang telah membayar denda bagi wanita yang berniqab..Siapakah dia??

Inilah dia..Rachid Nekkaz..

Rachid Nekkaz
☑~lahir pada 9 Januari 1972 di Villeneuve-Saint-Georges, Perancis.

☑~ seorang ahli perniagaan hartanah Islam Paris dan aktivis politik.


☑~Beliau telah menubuhkan sebuah dana untuk membayar denda bagi wanita yang memakai burqa di tempat awam “dalam mana-mana negara di dunia yang mengharamkan wanita daripada berbuat demikian”.


Beliau telah mengeluarkan wang sebanyak 100 euro bagi menyelesaikan hukuman yang pertama atas 2 wanita yang didenda atas kesalahan memakai burqa sejak undang-undang tersebut dikuat kuasakan di Belgium rabu lalu. 

“Saya menyokong undang2 yang mensabitkan kesalahan atas golongan suami yang memaksa para isteri memakai purdah dan menghalang para isteri dari keluar dari rumah. Tetapi saya menentang undang-undang yang melarang wanita-wanita ini bergerak bebas di jalan-jalan, kerana kebebasan bergerak juga seperti hak kebebasan yang lain.Ia adalah perkara paling asas dalam mana-mana hak demokrasi, “kata Nekkaz kepada pemberita di luar mahkamah di Belgium. 


Pada hari yang sama, beliau membayar 75 euro denda bagi wanita di bandar timur laut Perancis Roubaix.

Ini merupakan kempennya bagi menggalakkan para wanita keluar tanpa rasa takut dengan undang-undang negara tersebut yang baginya hanyalah satu permainan politik presiden negara Perancis bagi meraih undi golongan berhaluan kanan. Undang-undang itu tidak sah baginya dalam perlembagaan negara Perancis.

                                              

Nekkaz, yang merancang untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya presiden tahun depan Perancis, mempunyai kumpulan soskongan sesetengah wanita yang berkempen menentang undang-undang Perancis.  

Tetapi ahli perniagaan itu telah dikritik oleh beberapa persatuan yang menuduh beliau mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan politiknya sendiri.         

  Presiden Persatuan Lila Citar berkata, Nekkaz menggunakan isu itu untuk menarik perhatian media bagi pilihan raya presiden tahun depan.
“Memakai niqab adalah pilihan wanita,” katanya.    

#Mungkin ramai yang menganggap beliau berbuat demikian untuk meraih undi.Namun,pesan mak saya,tak baik berburuk sangka walaupun pada seorang kafir..Apatah lagi,saudara seislam kita yang telah mempertahankan hak wanita islam.Kita doakan semoga pengharaman niqab di perancis dihapusan dan semoga islam semakin maju di seluruh dunia.:>
>>Anda rasa artikel ini salah??atau anda ada maklumat yang lebih tepat.Tinggalkan di bahagian komen untuk kami baiki kesilapan kami.TQ<<
Advertisements