Rotan daripada isteri..

Assalamualaikum dan Salam Mahabbah buat semua sahabat2ku..Artikel ini khas penulis tujukan buat sahabat2 muslimahku..Moga dapat manfaat dan pengajaran daripada cerita ini..Selamat membaca..


     Pada suatu hari,Fatimah Az Zahra r.a bertemu baginda Rasulullah S.A.W lalu bertanya kepada ayahanda itu: “Siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga setelah para ‘ummahatul mukminin’ (isteri-isteri Rasulullah S.A.W).” Maka,’Rasulullah S.A.W bersabda: “Dia adalah Mutiah.” 


Mendengar nama yang baru sahaja terucap di bibir Rasulullah S.A.W, Fatimah r.a nyata terkejut kerana dia memikirkan namanya yang akan disebut oleh baginda, memandangkan di adalah puteri Rasulullah S.A.W, orang yang paling hampir dengan baginda.

Maka,dalam minda Fatimah R.A berlegar-legar begitu banyak persoalan.Siapakah Mutiah yang telah dinyatakan oleh ayahanda itu?Apakah amal kebaikan yang telah dilakukan oleh wanita tersebut yang membolehkan dia mendapat kemuliaan yang begitu tinggi sehingga menjadi orang pertama yang akan masuk syurga. Hati Fatimah mula gelisah,dia benar2 ingin tahu sebab wanita itu menjadi pilihan.

Lalu,keesokan harinya,Fatimah R.A meminta izin daripada suaminya, Ali Bin Abi Thalib untuk mengunjungi wanita bernama Mutiah itu.Ketika dia baru sahaja mahu keluar rumah,anak sulungnya Hassan merengek untuk ikut bersama.Oleh kerana kasihan melihat anaknya,Fatimah R.A membawa Hassan bersama.

Tiba sahaja di hadapan rumah Mutiah,Fatimah R.A memberi salam.Lalu,disahut oleh seorang wanita dari dalam rumah. “Siapa di luar?” tanya wanita itu.

“Fatimah, puteri Rasulullah”jawab fatimah R.A.Serta merta Fatimah RA mendengar bunyi tapak kaki yang bergegas mendekati pintu rumah. Sewaktu pintu dibuka,Fatimah terpegun melihat wanita dihadapannya.Fatimah terpegun melihat wanita di hadapannya.Dia yakin,ini adalah wanita yang dikatakan oleh ayahandanya kelmarin. 
“Alhamdulillah,betapa bahagianya aku kerana dikunjungi oleh Puteri mulia ini.” sambut mutiah.
gambar hiasan
“Adakah kamu sendirian,Ya puteri Rasulullah?”tanya Mutiah.
Jawab Fatimah RA: “Tidak,aku ditemani anakku Hassan.”
Maka balas Mutiah: “Maaf ya fatimah.Saya belum mendapat izin daripada suami saya untuk menerima tetamu lelaki.”

” Tapi Hasan masih kecil” Sahut Fatimah kehairanan.
” Biarpun masih kecil, Hasan tetap lelaki.Kamu datanglah esok, saya akan meminta izin suami saya terlebih dahulu untuk menerima tetamu lelaki,” ujar Mutiah dengan penuh kelembutan,Fatimah yang masih kehairanan,terpaksa akur lalu terus pergi dari situ.
Keesokan harinya,Fatimah RA datang lagi.Tetapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya Hasan dan Husin.
Seperti semalam Mutiah bertanya kepada Fatimah, “Adakah kamu bersama Hasan,Fatimah?”
Jawab Fatimah RA:”Ya,tetapi Husin juga turut bersamaku.” 
Lantas,balas Mutiah dengan penuh rasa bersalah. “Maaf Fatimah.Semalam saya hanya mendapat izin untuk menerima tetamu Hasan sahaja.Saya belum meminta izin untuk menerima tetamu Husin.”
Dengan perasaan hairan dan hampa,Fatimah RA pulang seperti semalam.
Kemudian.keesokan harinya barulah Fatimah RA dibenarkan masuk ke rumah itu bersama anak-anaknya Hasan dan Husin.Fatimah RA merasakan rumah itu sungguh sederhana,namun bersih dan indah sekali.Di sekeliling ruangannya harum dan rapi membuatkan siapa yang duduk di situ berasa ketenangan.
“Maaf,saya tidak dapat menemani dan berbual dengan kamu,Fatimah.Saya harus menyiapkan makanan untuk suami saya kerana sekejap lagi dia akan pulang.Silakan duduk dahulu ya,”Kata Mutiah.

gh
Mutiah terus sibuk di dapur untuk memasak,lalu dia menghidangkannya di atas meja makan, kemudian di sebelahnya dia meletakkan sebatang rotan.
“Adakah suami kamu seorang pengembala?” tanya fatimah kerana berasa hairan melihat rotan di sebelah hidangan itu.
“Tidak.Suami saya seorang petani,”jawab Mutiah.
“Mengapa kamu meletakkan rotan itu diatas meja?”tanya Fatimah lagi.
“Rotan ini akan saya berikan kepada suami saya.Ketika dia makan,saya akan bertanya kepadanya tentang masakan saya,sama ada enak atau tidak.Jikalau dia mengatakan tidak,saya meminta dia untuk merotan saya sebagai hukuman kerana gagal menyenangi hatinya,”terang Mutiah
“Adakah ini atas arahan suamimu?Bagaimana suami kamu sanggup menyiksa isteri?”tanya Fatimah dalam kecelaruan.

“Bukan suami saya sangat lembut dan pengasih.Ini adalah kerelaan hati saya.Sayalah yang meminta dia untuk merotan saya jika makanan saya tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar tidak enak padanya.Semua yang saya lakukan agar saya tidak menjadi isteri yang menderhaka dan dapat memenuhi serta menenangkan hati suami saya,” jawab Mutiah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.
“Masya-Allah,hanya demi menyenangkan suamimu,kamu rela melakukan hal ini,Mutiah?”
“Saya hanya memerlukan keredaanya.Kerana isteri yang baik adalah isteri yang patuh pada suami yang baik dan suami yang reda kepada isterinya,”jawab Mutiah dengan tenangnya.
“Ya,ternyata inilah sebab dan rahsianya mengapa wanita ini menjadi wanita pertama masuk ke syurga,”bisik hati Fatimah RA.
Sesungguhnya seorang isteri pastilah yang sentiasa mematuhi dan menyenagi suaminya.Isteri yang solehah merupakan jaminan untuk ke syurga.
–Kisah ini penulis dapat dari seorang sahabat.. Ada yang mengatakan bahawa ini adalah dari hadis palsu.. Wallahu’alam. penulis sendiri tidak tahu setakat mana kesasihannya..Namun ia dikongsi sebagai teladan buat sahabat2.Jika ada info yang lebih tepat atau ada kesilapan pada artikel ini..Silakan tinggal komen anda untuk menegur kesilapan penulis dan berkongsi Ilmu..Syukran–

Tips::Being A morning person


Assalamualaikum..Salam perjuangan buat sahabat2ku yang dikasihi Allah sekalian..Moga ukhwah kita terus terjalin kerana cinta kepada-Nya..

‘A morning person’ ialah ‘orang yang berpagi-pagi’.Maksudnya ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik.

Gelap dan sejuk sungguh pagi ini di kampung penulis..Pagi anda bagaimana??Semoga waktu pagi kita dimanfaatkan sebaiknya kerana waktu pagi ialah waktu yang paling indah dalam sehari.




Indahnya fajar sadik yang terbit di ufuk timur..Indahnya bunyi kokokan ayam yang sahut-menyahut..diikuti pula kicauan unggas dan burung..Udara yang tenang tidak berdebu..Indah juga embun yang turun sejak dinihari menyejukkan suasana..



Bunga2 dan daun2 juga turut kuncup seolah-olah masih tidur..yang paling comel,kelihatan sang arnab sedang melompat2 keluar mencari makanan..Namun,Kucing2 penulis masih tidur.

Susah ke nak bangun pagi??Especially bangun sebelum subuh..Tambahan pula kalau hari cuti.Mungkin ada yang ‘Qailullah’ sepanjang pagi.kenapa jadi camtu??.Ini terjadi kerana remaja sekarang suka menjadi seperti burung hantu yang berjaga malam..Entah apa yang dibuatnya..
So,sudilah penulis berkongsi sedikit ‘tips bangun sebelum subuh’ buat sahabat2 walaupun hakikatnya saya sendiri yang paling lewat bangun pagi diantara kalian semua..:)


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ TIPS BANGUN SEBELUM SUBUH
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


εїз First,padamkan lampu 15 minit sebelum waktu tidur anda supaya anda boleh muhasabah diri..set di minda anda untuk menjadi lebih baik pada waktu esok.Niat dan berazam di hati untuk bangun awal esok..Jangan lupa amalan2 sebelum tidur.

εїз Set nada jam loceng yang nyaring dan membingitkan telinga.Bunyi muzik yang lunak hanya akan melenakan anda tidur..

εїз Kalau nak bangun awal,kenalah bangun awal kan.Tidurlah sebelum pukul 12 tengah malam.Jangan berjaga malam.Pusingan tidur manusia ialah selama 90 minit(1 jam 30 minit).Jadi set waktu jam berbunyi gandaan kepada 1 jam 30 minit..Yang penting,TIDUR SEBELUM PUKUL 12.

εїз Jangan minum minuman bergula dan bersusu sebelum tidur.Minum air suam sudah la.

εїз Anda perlu set jam atau telefon bimbit 10 minit sebelum masa yang anda kehendaki.Misalnya jika anda hendak bangun jam 5.30 pagi,set 5.20.
 
εїз  Letakkan jam loceng atau telefon bimbit agak jauh dari katil tempat tidur anda supaya tidak dapat dicapai tangan untuk mematikannya dalam keadaan separa sedar dan menyambung tidur semula.Anda perlu bangun untuk mematikannya tapi jangan sambung tidur.

εїз Anda memerlukan dua kekuatan untuk bangun::

~Anda sudah tidur secukupnya(lebih 5 jam)

~Anda mempunyai kesungguhan diri yang kuat untuk bangun.


εїз Kemaskan cadar dan bantal sebelum anda mematikan jam loceng supaya anda tidak tidur kembali.

εїз Ada jam loceng yang direka boleh berlari-lari seperti robot apabila berbunyi atau terbang di dalam bilik tidur supaya menyusahkan penggunanya untuk mematikan bunyinya.Apabila dapat ditangkap,pengguna sudah sangat segar untuk tidur semula.>>Jam loceng penulis perlu digoncang lebih 20 saat untuk mematikannya<<

Flying alarm clock
εїз Terus buka lampu utama dengan terang atau buka langsir.Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan mempunyai cahaya yang terang..

εїз Bangun pada masa yang sama setiap hari termasuk hujung minggu dan hari cuti.Adalah sangat baik kalau anda menjadikan solat Subuh sebagai senggang masa bangun kerana solat Subuh memang tidak bermusim.Maknanya.jangan tidur selepas solat Subuh..

εїз Jangan menyambung tidur walaupun takde apa yang penting nak dibuat pagi itu.>>Penulis sibuk kemas rumah dan bagi makan kat ayam,kucing,ikan dan hamster di waktu pagi<<

εїз Sarapan awal pagi akan memberi  anda tenaga untuk bekerja seharian>>Hari ini penulis bersarapan buah durian.<<

εїз Setelah menamatkan kerja harian anda,beri diri anda pujian kerana berjaya melakukan banyak kerja start awal pagi..Dengan ini,anda lebih santai pada waktu malam kerana kerja dah diselesaikan pada sepanjang pagi..Jadi,waktu malam boleh berehat lebih awal dan bangun dengan lebih segar pada hari esok..

>>Penulis suka dengar Hot fm di pagi hari..suka dengar bestfriendku,fyfy berceloteh..:D<<


 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷBEST KE BANGUN AWAL2 PAGI??APA FAEDAHNYA??Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :

   1. Pada waktu subuh, gas ozon (O3­­) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.

   2. Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D.

   3. Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.

   4. Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme.

Sejauhmana kebenaran sumber ini lebih baik anda semak dahulu. Setahu saya,bangun awal pgi,murah rezeki. Tetapi dengan perkongsian ini harap dapat memberi sedikit motivasi untuk terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa. Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh. (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah). – dari sumber yang sama.

Indahnya Husnu-Zon (bersangka baik)


Assalamualaikum..Salam ukhwah sahabat2ku..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang terus menerus menguruskan hamba-hambaNya, memberi rezeki yang tidak terkira banyaknya. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
Alhamdulillah, tiba-tiba tajuk ini terlintas di fikiran saya tatkala terbaca status Dr Zainur Rashid Zainuddin di facebook, berkaitan tentang husnuzon.
*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.

Apa itu Husnuzon?
Husnuzon adalah berbaik sangka. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan, yang secara tidak langsung, jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah!
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu 
ketahui.Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, 
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
[Al Isra’, 17:36]

 Kelebihan dan kebaikan husnuzon:-
#Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap saudara itu, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan baik-baik belaka, maka sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu. Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu, menjadikan timbul benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.

#Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam di hati. 
Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita, bukan buruk sangka sahaja, malah segala bentuk kemungkaran.

*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•
Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan;
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸


Ya Allah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal ‘husnu-zon’ setelah banyak ‘perkara’ yang berlaku.Aku pasti ujian-Mu itu untuk ‘mengajar serta memberi pengajaran kepadaku.. Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa  mereka yang aku sayangi kerana  ku tahu KAU ‘penjaga’ yang terbaik…
Ameen Ya Rabb..

Bimbingan Mukmin Imam Ghazali::12 SIFAT SAHABAT

‘Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya:

“Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu kehendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Demikian pesanan ‘Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

Dipetik daripada Kitab Bimbingan Mukminin Al-Imam Al-Ghazali rohimahullah ta’ala dalam bab adab pergaulan, persaudaraan dan persahabatan.



Ukhwah itu Indah..


>>Anda ada artikel yang 
lebih baik tentang sahabat?
kongsikan bersama kami..<<