Alhamdulillah..murah rezeki..

mat nor

Assalamualaikum,kawan2..Alhamdulillah,hari ini agak tenang skit..tak sibuk mcm biasa..Tapi,lepas ni mat nor mintak tolong lipat baju dia la pulak..semalam ajar dia membaca..stress gila..main game bukan main expert.muka excited gila..time belajar,lemah lembut je..sabar lah hati..

mcm biasalah adik2 aku ni..rajin je simpan duit dalam tabung..nak masuk akhir bulan, habiskan duit pergi beli komik kat depan sekolah..kadang2 aku marah jugak..

“Asal kau asyik beli komik ni..membazir duit la..ada baiknya kalau simpan je dalam bank”

“Buat apa simpan kalau tak guna..tak semua komik,tak berfaedah..ce cuba try test tengok komik aku ni..best gila..IKHTIAR HIDUP DI SAVANA”

Sebenarnya,aku pun suka baca komik ni..mula2 jenguk2 je..lama skit,baca 2 3 helai..keesokkan tu,kakak baca sampai habis..dan lepas tu,kakak tak marah dah dia beli..walaupun,ilmu ikhtiar hidup ni tak diperlukan sangat hidup kita..tapi,apa salahnya tambah ilmu..mana tahu,kot2 nanti ia diperlukan..aku pun dah ada ilmu ikhtiar hidup skit..aku pergi kem ikhtiar hidup kat kenyir masa form 5.mendaki bukit dan makan nasi sup batu berlumut..penat giler..


Kakak sulong aku pulak suka beli majalah solusi atau gen-Q.adik perempuan aku yang kecik tu,kadang2 beli buku asuh..aku pun tumpang bacalah..untunglarr diorang banyak duit..tiap2 bulan,boleh pergi kedai buku.Alhamdulillah,ada rezeki..

Jadi,komik ni bukan bahan bacaan hiburan semata2..kalau kita pandai pilih bahan bacaan.ia takkan jadi hiburan semata-mata..mungkin boleh jadi hidung,mulut atau telinga.

Ayah pulak belikan CD Maher Zain yang baru..Alhamdulillah.setelah aku penat bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang..akhirnya ‘Forgive Me’ menjadi milikku..bestnya lagu ‘Masha Allah’.. 

Alhamdulillah..mak kata “comelnya maher zain”..hari ini juga aku dah dapat lesen memandu.baju raya pun dah siap..Alhamdulillah..

#Ustaz kata,kena kumpul duit,beli emas..penulis dah dapat cincin emas.tak yah susah2 kumpul duit..nanti,takde duit boleh gadai cincin ni..<<mak kata::buatlah kalau berani>>
Advertisements

Tuhan ni wujud ke?



Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.


Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.


“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.


“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.


“Tuhan tu ada.”Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.


“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.


Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.



“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.


“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.


“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.


“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.


“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.


“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.


“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.


“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.


“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.


Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.


“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”


“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.


“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, Alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:


Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluk yang menghuni bersama manusia akan selamat.


Peringatan:


Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.

Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.


Wallahu Ta`ala A`lam.

Hukum solat di rumah non-muslim.

baby leen

Assalamualaikum,sahabat2ku..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup pada pagi ini..Pagi ini saya akan menghadiri ujian jpj untuk motorsikal pula..moga2 lulus..nanti.boleh pergi menziarah kawan2..




Rindu pula pada sahabat2..Ramai sahabatku yang sudah mendirikan masjid ni..Bahagia melihat teman chinese ku sudah menjadi ibu.Tahniah leen.Teringat pula waktu dulu2,leen selalu marah kalau ada org buat bising apabila azan sedang berkumandang.Dia amat menghormati agama orang lain.Maka,saya juga menghormatinya. Terdetik hati untuk pergi menziarah keluarganya.nak jumpa baby.Aunty nak bagi angpau maa..

Tapi,bagaimana pula kalau saya nak solat kat rumah dia apabila saya pergi menziarahnya??Apabila masuk waktu solat,boleh ke saya tunaikan solat kat rumah dia??Lagipun,dia dan keluarganya tiada halangan pun untuk saya berbuat demikian..Tambahan pula,masjid dan surau agak jauh dari kawasan rumahnya kerana ia perkampungan cina..jadi,tanyalah ustaz..

Ustaz Mohd Azrul Ismail Menjawab::

Alhamdulillah,ustaz ucapkan terima kasih bagi yang bertanya.Ini menunjukkan adanya kesedaran para remaja kita untuk menunaikan tuntutan agama sebaik mungkin.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Dijadikan bumi bagiku sebagai tempat sujud dan suci.Mana2 lelaki (dan wanita) di kalangan umatku yang (dalam keadaan) solat telah mendapatinya (masuk waktu solat) maka solatlah.


Hadis riwayat Imam al-Bukhari ini menjadi dalil bagi para ulama yang mengatakan seluruh juzuk dan bahagian di bumi ini dibolehkan untuk bersolat.Namun,perlulah diingat,kita hendaklah kembali merujuk kepada beberapa syarat sah solat yang digarispandukan oleh para ulama mazhab.Antaranya ialah suci daripada hadas kecil dan besar,tempat dan pakaian yang suci daripada najis,menutup aurat,telah masuk waktu solat dan menghadap kiblat.


Ada juga sebahagian sahabat,para tabiin dan ulama yang memakruhkan kerana di dalamnya ada patung2 sembahan mereka.Nasihat ustaz,pastikan segala yang disebutkan terutamanya berkaitan sucinya tempat solat dan arah kiblat dapat diambil perhatian apabila hendak bersolat di rumahnya.Saudari juga perlu elakkan bersolat di hadapan patung sembahan mereka kerana dikhuatiri fitnah yang boleh timbul daripada cakap2 manusia yang lemah imannya.Wallahu’alam.




Mudahkan islam??kat mana2 pun boleh sembahyang..Islam juga tak larang kita berkawan dgn non-muslim.begitu juga solat di tempat mereka.pendapat anda bagaimana pula??anda ada jawapan yang lebih baik??atau ada percanggahan dalam kata2 ustaz ni??Silakan berkongsi bersama kami..

Tips::Being A morning person


Assalamualaikum..Salam perjuangan buat sahabat2ku yang dikasihi Allah sekalian..Moga ukhwah kita terus terjalin kerana cinta kepada-Nya..

‘A morning person’ ialah ‘orang yang berpagi-pagi’.Maksudnya ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik.

Gelap dan sejuk sungguh pagi ini di kampung penulis..Pagi anda bagaimana??Semoga waktu pagi kita dimanfaatkan sebaiknya kerana waktu pagi ialah waktu yang paling indah dalam sehari.




Indahnya fajar sadik yang terbit di ufuk timur..Indahnya bunyi kokokan ayam yang sahut-menyahut..diikuti pula kicauan unggas dan burung..Udara yang tenang tidak berdebu..Indah juga embun yang turun sejak dinihari menyejukkan suasana..



Bunga2 dan daun2 juga turut kuncup seolah-olah masih tidur..yang paling comel,kelihatan sang arnab sedang melompat2 keluar mencari makanan..Namun,Kucing2 penulis masih tidur.

Susah ke nak bangun pagi??Especially bangun sebelum subuh..Tambahan pula kalau hari cuti.Mungkin ada yang ‘Qailullah’ sepanjang pagi.kenapa jadi camtu??.Ini terjadi kerana remaja sekarang suka menjadi seperti burung hantu yang berjaga malam..Entah apa yang dibuatnya..
So,sudilah penulis berkongsi sedikit ‘tips bangun sebelum subuh’ buat sahabat2 walaupun hakikatnya saya sendiri yang paling lewat bangun pagi diantara kalian semua..:)


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ TIPS BANGUN SEBELUM SUBUH
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


εїз First,padamkan lampu 15 minit sebelum waktu tidur anda supaya anda boleh muhasabah diri..set di minda anda untuk menjadi lebih baik pada waktu esok.Niat dan berazam di hati untuk bangun awal esok..Jangan lupa amalan2 sebelum tidur.

εїз Set nada jam loceng yang nyaring dan membingitkan telinga.Bunyi muzik yang lunak hanya akan melenakan anda tidur..

εїз Kalau nak bangun awal,kenalah bangun awal kan.Tidurlah sebelum pukul 12 tengah malam.Jangan berjaga malam.Pusingan tidur manusia ialah selama 90 minit(1 jam 30 minit).Jadi set waktu jam berbunyi gandaan kepada 1 jam 30 minit..Yang penting,TIDUR SEBELUM PUKUL 12.

εїз Jangan minum minuman bergula dan bersusu sebelum tidur.Minum air suam sudah la.

εїз Anda perlu set jam atau telefon bimbit 10 minit sebelum masa yang anda kehendaki.Misalnya jika anda hendak bangun jam 5.30 pagi,set 5.20.
 
εїз  Letakkan jam loceng atau telefon bimbit agak jauh dari katil tempat tidur anda supaya tidak dapat dicapai tangan untuk mematikannya dalam keadaan separa sedar dan menyambung tidur semula.Anda perlu bangun untuk mematikannya tapi jangan sambung tidur.

εїз Anda memerlukan dua kekuatan untuk bangun::

~Anda sudah tidur secukupnya(lebih 5 jam)

~Anda mempunyai kesungguhan diri yang kuat untuk bangun.


εїз Kemaskan cadar dan bantal sebelum anda mematikan jam loceng supaya anda tidak tidur kembali.

εїз Ada jam loceng yang direka boleh berlari-lari seperti robot apabila berbunyi atau terbang di dalam bilik tidur supaya menyusahkan penggunanya untuk mematikan bunyinya.Apabila dapat ditangkap,pengguna sudah sangat segar untuk tidur semula.>>Jam loceng penulis perlu digoncang lebih 20 saat untuk mematikannya<<

Flying alarm clock
εїз Terus buka lampu utama dengan terang atau buka langsir.Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan mempunyai cahaya yang terang..

εїз Bangun pada masa yang sama setiap hari termasuk hujung minggu dan hari cuti.Adalah sangat baik kalau anda menjadikan solat Subuh sebagai senggang masa bangun kerana solat Subuh memang tidak bermusim.Maknanya.jangan tidur selepas solat Subuh..

εїз Jangan menyambung tidur walaupun takde apa yang penting nak dibuat pagi itu.>>Penulis sibuk kemas rumah dan bagi makan kat ayam,kucing,ikan dan hamster di waktu pagi<<

εїз Sarapan awal pagi akan memberi  anda tenaga untuk bekerja seharian>>Hari ini penulis bersarapan buah durian.<<

εїз Setelah menamatkan kerja harian anda,beri diri anda pujian kerana berjaya melakukan banyak kerja start awal pagi..Dengan ini,anda lebih santai pada waktu malam kerana kerja dah diselesaikan pada sepanjang pagi..Jadi,waktu malam boleh berehat lebih awal dan bangun dengan lebih segar pada hari esok..

>>Penulis suka dengar Hot fm di pagi hari..suka dengar bestfriendku,fyfy berceloteh..:D<<


 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷBEST KE BANGUN AWAL2 PAGI??APA FAEDAHNYA??Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :

   1. Pada waktu subuh, gas ozon (O3­­) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.

   2. Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D.

   3. Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.

   4. Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme.

Sejauhmana kebenaran sumber ini lebih baik anda semak dahulu. Setahu saya,bangun awal pgi,murah rezeki. Tetapi dengan perkongsian ini harap dapat memberi sedikit motivasi untuk terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa. Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh. (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah). – dari sumber yang sama.

Indahnya Husnu-Zon (bersangka baik)


Assalamualaikum..Salam ukhwah sahabat2ku..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang terus menerus menguruskan hamba-hambaNya, memberi rezeki yang tidak terkira banyaknya. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
Alhamdulillah, tiba-tiba tajuk ini terlintas di fikiran saya tatkala terbaca status Dr Zainur Rashid Zainuddin di facebook, berkaitan tentang husnuzon.
*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.

Apa itu Husnuzon?
Husnuzon adalah berbaik sangka. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan, yang secara tidak langsung, jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah!
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu 
ketahui.Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, 
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
[Al Isra’, 17:36]

 Kelebihan dan kebaikan husnuzon:-
#Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap saudara itu, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan baik-baik belaka, maka sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu. Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu, menjadikan timbul benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.

#Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam di hati. 
Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita, bukan buruk sangka sahaja, malah segala bentuk kemungkaran.

*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•
Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan;
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”.
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*¯`•.¸,¤°`°¤,¸.•*`•.¸,¤°`°¤,¸


Ya Allah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal ‘husnu-zon’ setelah banyak ‘perkara’ yang berlaku.Aku pasti ujian-Mu itu untuk ‘mengajar serta memberi pengajaran kepadaku.. Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa  mereka yang aku sayangi kerana  ku tahu KAU ‘penjaga’ yang terbaik…
Ameen Ya Rabb..

Bimbingan Mukmin Imam Ghazali::12 SIFAT SAHABAT

‘Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya:

“Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu kehendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Demikian pesanan ‘Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku sahabat yang sejati.

Dipetik daripada Kitab Bimbingan Mukminin Al-Imam Al-Ghazali rohimahullah ta’ala dalam bab adab pergaulan, persaudaraan dan persahabatan.



Ukhwah itu Indah..


>>Anda ada artikel yang 
lebih baik tentang sahabat?
kongsikan bersama kami..<<